Ahad, 14 April 2013

Kawan

Setiap orang memerlukan kawan. memilih kawan harus berhati-hati. Ada kawan yang mendorong kita ke jalan yang baik. Ada pula kawan kawan yang membawa kita ke arah kebinasaan. Nyatakan ciri-ciri yang perlu ada dalam diri seseorang kawan. Bagaimana pula kita harus menjaga hati kawan kita supaya hubungan kita dengannya berkekalan?

Ahad, 31 Mac 2013

Membuat Keputusan Yang Tepat Sangat Penting Dalam Hidup Kita

Nyatakan mengapa seseorang itu harus membuat keputusan yang tepat dalam hidupnya. Apakah yang boleh dilakukan untuk memastikan agar keputusan yang dibuat itu tepat atau yang terbaik. Apa akan berlaku jika seseorang itu membuat keputusan yang salah?

Ahad, 8 April 2012

Jadual Waktu Seharian

Jadual waktu seharian sangat penting dalam kehidupan seseorang pelajar. Jelaskan.

Khamis, 23 Februari 2012

Pertahanan Mutlak

Apakah itu pertahanan mutlak?
Mengapakah pertahanan itu penting di Singapura?

Tuliskan pendapat kamu mengenai pertahanan mutlak tidak kurang daripada 50 patah perkataan.

Khamis, 28 April 2011

Peristiwa Yang Menyeramkan

Tuliskan sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 120 patah perkataan berdasarkan tajuk yang diberikan. kamu boleh menulis tentang kejadian sebenar atau mimpi yang kamu alami.

Rabu, 20 April 2011

Masalah Atau Hal Peribadi Yang Saya Tidak Kongsi Dengan Ibu Bapa

Kamu mungkin mempunyai masalah atau perkara peribadi yang saya rasa sukar untuk diberitahu kepada ibu bapa.

1) Terangkan apa perkara / masalah itu.
2) Mengapa kamu rasa perkara itu peribadi.
3) Apa kesannya terhadap diri kamu sekiranya kamu memberitahu ibu bapa.
4) Kamu lebih selesa menceritakan perkara itu kepada siapa?

Khamis, 7 April 2011

Bencana di Jepun

Baru-baru ini negara Jepun telah dilanda bencana. Penduduk dunia turut meratapi kesedihan yang ditanggung negara tersebut. Nyatakan pendapat kamu tentang peristiwa ini.